Monday, December 10, 2007

Generasi Baru

Bagai tidak percaya!! Tetapi itulah yang saya boleh katakan.
4 hari yang lalu setelah menghantar kawan di pintu pagar, 2 lelaki lepasan SPM menegur saya lalu saya membalas dan menjemput mereka bersembang. Mereka sedang mencari kerja maklumlah lepas tamat peperiksaan SPM, seperti kita juga suatu masa dahulu.

Mereka saya jemput ke dalam rumah kerana lebih seronok kalau bersembang dalam rumah. Saya tanyakan lagi, apa jenis pekerjaan yang mereka cari? Masing-masing menjawab tak tahu...tak kisahlah asalkan kerja kata mereka, boringlah tak dak kerja.

Saya tanyakan lagi, kalau dapatlah kerja esok dan awak pergi kerja hingga dapat gaji pertama, agak-agak berapa modal yang awak belanja?
Si A menjawab mungkin kurang dari modal yang dibelanjakan dan si B pula menjawab mungkin lebih sikit dengan modal yang dikeluarkan. Ya jawapan mereka seakan seperti yang saya jangkakan kerana mereka juga berpendapat dengan saya bahawa kos minyak motor dan makan yang tinggi sekarang tidak setimpal dengan gaji yang bakal mereka perolehi, tetapi apa kami boleh buat?

No comments: