Monday, December 10, 2007

Generasi Baru

Bagai tidak percaya!! Tetapi itulah yang saya boleh katakan.
4 hari yang lalu setelah menghantar kawan di pintu pagar, 2 lelaki lepasan SPM menegur saya lalu saya membalas dan menjemput mereka bersembang. Mereka sedang mencari kerja maklumlah lepas tamat peperiksaan SPM, seperti kita juga suatu masa dahulu.

Mereka saya jemput ke dalam rumah kerana lebih seronok kalau bersembang dalam rumah. Saya tanyakan lagi, apa jenis pekerjaan yang mereka cari? Masing-masing menjawab tak tahu...tak kisahlah asalkan kerja kata mereka, boringlah tak dak kerja.

Saya tanyakan lagi, kalau dapatlah kerja esok dan awak pergi kerja hingga dapat gaji pertama, agak-agak berapa modal yang awak belanja?
Si A menjawab mungkin kurang dari modal yang dibelanjakan dan si B pula menjawab mungkin lebih sikit dengan modal yang dikeluarkan. Ya jawapan mereka seakan seperti yang saya jangkakan kerana mereka juga berpendapat dengan saya bahawa kos minyak motor dan makan yang tinggi sekarang tidak setimpal dengan gaji yang bakal mereka perolehi, tetapi apa kami boleh buat?

Wednesday, December 5, 2007

Jumpa Orang

Pulang ke kampung hari itu saya bertemu dengan seorang kawan yang juga merupakan pembeli dan juga pengguna produk evomore oil saya. Dia menyatakan evomore oil ini amat berkesan pada sakit bahunya yang cedera akibat kemalangan 2 tahun lalu, setelah menyapu dan melakukan urutan seperti dinyatakan sakitnya dah hilang dan kini evomore oil ini sentiasa dibawa bersama kemana saja dia pergi, katanya ia amat berguna dikala kecemasan seperti terkena sengatan binatang berbisa kerana dia pernah disengat tebuan semasa melakukan kerja-kerja kontrak Kelas F yang dimilikinya. Kadang-kadang berguna juga jika antara pekerjanya ditimpa kemalangan kecil seperti terluka ditempat kerja. Saya juga mengesyorkan kepadanya sapulah dihidung jika ada masalah resedung kerana seorang kawan juga telah memberitahu bahawa hidungnya telah kering yang dahulunya sentiasa berair dan bersin kerana penyakit resedung, insyaAllah dia akan gunakan katanya...dalam masa yang sama beliau membeli lagi satu botol evomore oil.

Banyak perkara lagi dibincangkan. Antara soalan yang menarik perhatian saya ialah katanya dia juga ingin berniaga macam saya tetapi masih lagi belum memahami konsep perniagaan yang saya jalankan...maklumlah beliau hanya orang kampung yang jarang-jarang ada kesempatan melayari internet. Setahu saya emak beliau adalah seorang pengusaha dan pengeluar kuih-kuih tradisional dan moden khususnya untuk majlis hari raya dan juga tempahan hantaran perkahwinan kerana saya pernah memesan beberapa hantaran dari ibunya semasa majlis perkahwinan saya dahulu, tanggapan awal saya mungkin beliau ingin meniaga hasil keluaran ibunya, ternyata saya silap. Katanya beliau ingin menjual buku 100 Jenis Resepi Pilihan yang menjadi rujukan ibunya. Wah! ini amat menarik. Tapi bagaimana?

Bagaimana saya boleh membantu soal dia kepada saya.
Saya gunakan soalan dan masa ini untuk menjelaskan konsep perniagaan saya kepada beliau.

Sebenarnya http://www.myplaza.biz/ yang saya tubuhkan adalah hasil penjelahan saya selama ini dalam usaha mengembangkan perniagaan direct selling dan juga MLM yang saya ceburi.
Dalam penjelahan ini sebenarnya saya banyak bertemu orang seperti beliau yang mempunyai idea dan ilham untuk memulakan perniagaan sendiri malah ada juga antaranya telahpun mengeluarkan produk-produk sendiri tetapi gagal mengembangkan perniagaan dengan alasan tiada modal mencukupi dan juga tiada usaha pemasaran yang hebat, karenah birokrasi dan bank juga mejadi faktor usaha mereka terbantut. Tetapi saya katakan lagi kepada beliau....kalau kita kaji dan buat sedikit pemantauan keatas orang kita (Melayu) siapa mereka?
Setuju atau tidak jika saya katakan kitalah 'raja berbelanja' dan kita sendiri boleh lihat kuasa membeli bangsa kita di pelbagai tempat seperti contoh pasar malam, pekan hari, tapak ekspo dan juga supermarket. Malah jika diselidik lebih dalam lagi siapakah yang banyak menyertai dan menyumbang kepada kejayaan sesuatu MLM atau Direct Selling dalam negara kita? Dan walupun tidak menyertai mana-mana direct selling atau MLM kita terpaksa juga berbelanja setiap hari, jadi mengapa kita tidak menggunakan kuasa dan kekuatan bangsa kita untuk kemajuan ekonomi kita sendiri?

Maka dengan itulah saya tubuhkan http://www.myplaza.biz/ dengan tujuan dan hasrat untuk menyatukan pengguna dan juga pengusaha dalam satu bahtera pernigaan yang kukuh yang boleh memberi kebaikan kepada semua pihak sama ada anda sebagai pembeli mahupun pengusaha.

Mampukah kita memiliki satu perniagaan yang mampu menyediakan semua kemudahan dan semua jenis perniagaan kepada pengguna, lihat saja di mana-mana supermarket. Berapa ramai peniaga kita yang ada disitu?.

Hari ini...saya tanyakan kepada kawan saya tadi apakah bentuk dan konsep buku 100 Jenis Resepi yang ingin beliau niagakan, berapa modal yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah buku yang bermutu tinggi sebagai tarikan kepada pembaca, kenapa ini perlu sedangkan isi atau kandungan buku itu sahaja yang penting dan menjadi rujukan kepada pembeli.

Maka disinilah http://www.myplaza.biz/ akan membantu awak kata saya.
Mudah! Jika awak dapat jual kepada hanya 5 pembeli insyaAllah awak akan menerbitkan lebih banyak lagi buku resepi ini selepas ini. Mudah konsep perniagaan atau enjin perniagaan yang saya gunakan adalah untuk membawa semua yang terlibat menikmati keuntungan berulang-ulang. Jika awak tawarkan keuntungan berkali-kali kepada 5 pembeli awak tadi....mereka akan suka dengan produk awak, dan mereka boleh gunakannya sebagai rujukan untuk menyediakan juadah hidangan kepada keluarga tersayang dan mungkin juga boleh menjadi pengusaha atau pengeluar makanan selepas ini malah mereka juga boleh menikmati keuntungan berlipat kali ganda dari modal yang dikeluarkan (harga membeli buku resepi) jika mereka kenalkan produk awak kepada 5 orang kenalan mereka.

Tetapi awak kena ingat, awak dan mereka sebenarnya bukan hanya menjual produk awak tetapi adalah peniaga kepada semua produk yang ada dalam http://www.myplaza.biz/ ini.
Inilah yang saya katakan, insyaAllah http://www.myplaza.biz/ akan membawa keuntungan kepada semua pihak, sama ada mereka jual produk anda ataupun mereka jual produk rakan-rakan lain anda tetap akan menikmati keuntungan yang disediakan http://www.myplaza.biz/ ini, bagaimana pula jika rakan-rakan anda yang lain menjual produk anda pula?